Tan Tock Seng

Tan Tock Seng (Bahasa Cina: 陳篤生; pinyin: Chén DǔshēngPe̍h-ōe-jī: Tân Tok-seng; 1798–1850) ialah seorang saudagar dan ahli filantropi Singapura dilantik sebagai Kapitan China pulau tersebut oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat pada ketika itu.Beliau datuk kepada Tan Chay Yan, seorang saudagar terkenal di Tanah Melayu. Hospital Tan Tock Seng dan Jalan Tan Tock Seng yang ada di negara kota ini dinamakan sempena beliau.